Sunday, 2 December 2012

JALAN JALAN MAHA 2012

Hari Sabtu baru ni Encik Hubby ajak pergi MAHA 2012. dia nak cari pokok, maklumlah sekarang ni hobby baru tanam pokok hihihi. pergi pon dah nak tengah hari dah. nak masuk dalam MAHA tu punyalah azab hahaha. kita orang tawaf 2 kali baru dapat parking. kereta semua bergerak macam semut. tapi berkat kesabaran kita orang dapat parking paling dekat dengan kawasan pameran. Alhamdulillah tak payah la nak jalan jauh sangat kalau beli pokok.

Arisya dah start buat hal nak ice cream. nampak ada budak makan ice cream dia pun nak juga. tak sabar2 ...

dah dapat ice cream terus senyum
posing sebelah pokok cili. kita orang beli jugak la benih pokok cili ni. kalau boleh nak angkat pokok tu skali geram tengok cili gemuk dan panjang..pokok ni tak jual untuk pameran sahaja...

pokok lada hitam boleh juga tanam kat rumah..tapi tak beli pun

besar betul nangka ni. pokok nangka ni kita orang beli nak tanam belakang rumah....pas ni dah tak yah beli nangka dah..hehehe

kali pertama tengok durian kaler ni.durian ni dibawa dari sabah untuk pameran

gadis dan bunga. banyak betul spesis orkid yang tak pernah tengok.

anak2 sedang pow abah

nilah hasil mengepow abah tadi
 gambar hasil rembatan pokok yang dibeli tak sempat nak ambil kat tempat jualan. elok saja kita orang sampai kat tempat jualan anak benih pokok hujan pun turun ....tapi sembat la juga beli pokok walaupun hujan hahaha...susah payah datang mesti la kena beli. hahaha. nanti i upload gambar pokok yang dah selamat ditanam kat rumah pulak.



No comments:

Post a Comment